Impak

Hasil daripada projek ini, dapat disimpulkan bahawa ia memberikan impak yang besar kepada pelajar mahupun pensyarah. 

Berikut dinyatakan impak yang diperolehi setelah selesai melaksanakan projek ini.

(i) Memudahkan pengurusan data eksperimen kerana ia direkodkan di dalam telefon bimbit. Ia mirip kepada pengisian data menggunakan jotter book. Tetapi dalam hal ini, data hanya dimasukkan ke dalam telefon bimbit sahaja. 

(ii) Pensyarah dan pelajar tidak memerlukan masa yang lama untuk mengesan data yang salah kerana ia boleh dikesan dengan serta merta iaitu dengan hanya merujuk kepada keputusan eksperimen.

(iii) Pelajar dapat memplot graf dengan cepat apabila menggunakan MS Excel. Pelajar juga dapat membandingkan graf yang dilukis secara manual dengan graf yang diplot menggunakan MS Excel.

(iv) Keputusan eksperimen dapat dijana serta merta apabila pelajar melengkapkan jadual eksperimen hanya melalui telefon bimbit sahaja. Pensyarah tidak memerlukan masa 3 hingga 7 hari untuk memperolehi keputusan eksperimen melalui laporan amali yang dihantar. 

(v) Pensyarah dapat menyemak laporan amali pelajar dengan mudah terutama pada bahagian pengiraan keranan data setiap pelajar sudah sedia ada di dalam komputer.

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG ipdp  Oleh : MOHD FAUZI BIN ABDUL DZUBIR Pensyarah Fizik Kolej Matrikulasi Sarawak ...