Latar Belakang Projek


TAJUK INOVASI:


PENGGUNAAN GOOGLE SHEET DAN MS EXCEL 
DALAM MEREKODKAN DAN MENTAFSIR 
DATA EKSPERIMEN FIZIK

Inovasi  ini dibuat untuk mengatasi masalah pelajar ketika memasukkan data eksperimen ke dalam jadual yang telah disediakan samada betul atau salah. 

Terdapat peralatan makmal yang disediakan mempunyai ralat sifar atau ralat sistematik, maka data yang dimasukkan berkemungkinan salah. Terdapat juga situasi di mana pelajar tidak menyedari bahawa data yang diperolehi semasa menjalankan eksperimen adalah salah yang mungkin disebabkan oleh faktor ralat rawak. 

Sekiranya tidak dikesan di peringkat awal, maka pelajar akan menggunakan data yang salah semasa menyiapkan laporan amali dan ini memberi implikasi kepada objektif eksperimen iaitu untuk mendapatkan nilai suatu kuantiti fizik.  

Justeru itu dicadangkan  satu kaedah yang boleh  mengesan data yang salah ini dan dalam masa yang sama boleh memplot graf dan mentafsir data tersebut dengan menggunakan MS Excel

Inovasi ini tertumpu kepada skop memasukkan data eksperimen ke dalam google sheet dan seterusnya mendapatkan nilai kuantiti fizik yang dikehendaki   berdasarkan kepada objektif eksperimen. Dalam hal ini, eksperimen yang diambil contoh ialah eksperimen 2 SP 025 Ohm's Law dan kuanti fizik yang diperlukan ialah nilai rintangan setara bagi litar yang disambungkan secara sesiri dan selari.

Secara keseluruhan, kaedah ini boleh digunakan untuk kesemua  eksperimen fizik matrikulasi KPM bagi semester 1 dan 2.


No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG ipdp  Oleh : MOHD FAUZI BIN ABDUL DZUBIR Pensyarah Fizik Kolej Matrikulasi Sarawak ...